Sejarah Air Selangor

Sebagai SYABAS

Logo SYABAS

SYABAS telah ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965.

Pemegang saham

Saham kapital yang dibenarkan untuk SYABAS adalah RM100,000,000.00 mengandungi 93,449,999 saham biasa RM1.00 setiap satu, satu (1) saham emas RM1.00 655,000,000 redeemable cumulative preference shares ("RPS") bagi RM0.01 setiap satu, manakala saham kapital berbayar bagi SYABAS adalah RM71,550,001.00 mengandungi 65,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu, 655,000,000 RPS bagi RM0.01 setiap satu dan satu (1) saham emas RM1.00. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad ("PNHB") yang memegang 70% jumlah saham ekuiti di dalam SYABAS, 15% pemegang ekuiti dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad ("KDEB") dan baki 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("KPS"). Kerajaan Persekutuan ("Kerajaan") menerusi kementerian kewangan Kementerian Kewangan Berhad ("MOF") memegang (1) pemegang emas di SYABAS.

Perjanjian konsesi

Melalui perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004 di antara SYABAS, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan, dan kerajaan persekutuan, SYABAS telah diberikan satu tempoh tiga puluh (30) tahun, bermula pada 1 Januari 2005 yang mana SYABAS telah mengambil alih semua fungsi dan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad ("PUAS") di dalam kawasan bekalan air dan pengagihan bekalan air ke pelanggan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan lebih 7.3 juta dan industri dan pengguna komersil menerusi 1.52 juta akaun komersil pengguna menjadikan ia merupakan penswastaan bekalan air di Malaysia.

Sebagai Air Selangor

SYABAS bertukar nama kepada Air Selangor pada 26 Feb 2014.[1] Pada 15 Oktober 2015, Air Selangor berjaya mengambil alih PNSB Water dan SYABAS dengan kos pengambilalihan berjumlah RM1.555 bilion. Proses penstrukturan ini diteruskan dengan pengambilalihan ABASS pada 31 Disember 2015 melibatkan kos pengambilalihan RM86 juta diikuti KASB pada 11 Mac 2016 (RM6.4 juta).[1]

Air Selangor menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan air mulai 13 September 2019 selepas berjaya memuktamadkan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi termasuk PNSB Water Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).[1] Air Selangor telah membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion sepanjang tempoh 2016 hingga 2018 bagi menaiktaraf dan membaikpulih pelbagai aset dan bekalan air.[1]